PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Jemaah Menteri membuat tindakan susulan segera, berkaitan Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai dan komitmen pelaburan yang dicapai pada lawatan ke Australia baru-baru ini.
Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata arahan itu disampaikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut hari ini.
"Perdana Menteri memaklumkan kepada Jemaah Menteri mengenai beberapa tindakan susulan yang perlu diambil, lanjutan kepada siri MoU dan niat pelaburan. Ini telah disampaikan (oleh Anwar) dan menteri-menteri sedia membantu menyegerakan beberapa perkara," katanya.
Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri juga memaklumkan siri perbincangan bersama ASEAN secara bilateral dalam lawatan itu, antaranya dengan Thailand untuk menarik lebih ramai pelancong dan fokus Malaysia ialah pada Langkawi.
Susulan itu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing diminta untuk meneliti beberapa perkara termasuk isu kos makanan yang meningkat di Langkawi, yang perlu diberi penekanan.
Anwar mengadakan lawatan rasmi empat hari ke Australia pada 4 hingga 7 Mac, di mana beliau menyertai Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia Kedua (ALM) dan Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia di Melbourne.
Perdana Menteri mengakhirnya lawatannya di Canberra, di mana beliau menyampaikan syarahan umum di Australian National University dan bertemu Gabenor Jeneral Australia David Hurley.
Fahmi berkata Jemaah Menteri menerima perkembangan dan perincian hasil lawatan Perdana Menteri ke Australia yang disifatkan berjaya, kerana berupaya menarik minat syarikat Australia untuk melabur dan mengembangkan pelaburan sedia ada berjumlah RM24.5 bilion di Malaysia, hasil pertemuan dengan 20 syarikat di Melbourne dan empat MoU turut dimeterai.
MoU itu ialah Pengaturan Praktikal di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia untuk Kerjasama dalam Bidang Sains dan Teknologi, dan Aplikasi untuk Pelaksanaan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT) dan Keselamatan Siber dan Teknologi Kritikal, manakala dua lagi MoU yang boleh diperbaharui ialah kerjasama dalam bidang sukan dan kolaborasi dalam sektor pendidikan tinggi.
Fahmi berkata kejayaan itu menunjukkan usaha bertambah baik dalam mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia-Australia, serta mencerminkan masa depan cerah dalam hubungan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024
Anwar mengadakan lawatan rasmi empat hari ke Australia pada 4 hingga 7 Mac, di mana beliau menyertai Mesyuarat Tahunan antara ALM dan Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia di Melbourne. - Gambar fail/Bernama
China setuju lanjutkan tempoh pengecualian visa untuk rakyat Malaysia - Ahmad Zahid
China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tiada istilah anak tidak menjadi, Fadhlina kongsi kisah anak sulung 'zero to hero'
Fadhlina berkata, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah sebuah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia.
Baucar buku RM100 diberi secara berperingkat - Zambry
Zambry berkata perincian lanjut mengenai mekanisme pemberian baucar itu akan diumumkan Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang pada petang ini.
Seorang pendaki Malaysia berjaya diselamatkan di Gunung Denali, Alaska
Pendaki itu kini dirawat di hospital manakala dua lagi masih menanti pasukan penyelamat.
Kejayaan MTNP membanggakan, lonjak nama institusi tahfiz - Mohd Na’im
Kejayaan cemerlang MTNP amat membanggakan beliau sekali gus melonjakkan institusi tahfiz di negara ini.
Penyasaran subsidi diesel: Sabah, Sarawak dikecualikan kerana keperluan rakyat - PM
Penyasaran subsidi diesel dan pelarasan tarif elektrik pada tahun lalu telah berjaya menjimatkan kira-kira RM8 bilion nilai subsidi yang diberikan kerajaan.
Pantau Belanjawan: Memahami rasionalisasi subsidi dan kesan pada ekonomi
ChatGPT Edu diumum untuk kegunaan di universiti
Pengguna ChatGPT Edu diberikan akses kepada model GPT-4o yang boleh mengenal pasti teks, melakukan pengaturcaraan dan perkiraan matematik.
Pantau Agenda Reformasi: Hubungan Malaysia-China pada tahap tertinggi
Hubungan Malaysia-China yang terjalin sejak 5 dekad lalu menyaksikan kemajuan luar biasa terutama dalam hubungan diplomatik, perdagangan dan industri malah yang lebih penting hubungan rakyat dengan rakyat.
Palestin puji sokongan China-Arab untuk gencatan senjata, keahlian PBB
Palestin memuji kenyataan bersama China-Arab yang dikeluarkan pada Persidangan Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara Arab di Beijing pada Khamis.
Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.